Saturday, July 30, 2011

TABIK to MOHD KIMAL dan AHMADAHMAD



semalam aku pegi AKAR kat shah alam, dan berjumper dengan 3 orang yg "wa caya sama lu punyer" kategori. Aku respek sangat karya, kreativiti, dan gaya korang... sememang nyer aku sangat adore akan korang.

Mohd Kimal- mmg aku tak penah dengar nama ni , ntah mana dtg pun tak der saper penah ceriter ngan aku. Ader buat CD rekod sendiri yg ader 5 lagu dia jual lima ringgit sahaja. Aku beli selepas dengar dia perfom. hari ni biler dengar balik cd tu dlm kereta... layan bro. sangat layan. Bukan mazhab baru tapi sangat odd dia punyer masuk.

Lee- dia ni memang sempoi giler. Belum tengok perfom lagi tapi dah lepak sama. Memang satu spesies. aku tak kirer kalau statement aku ni tak dapat approval dari dia, aku tak pedulik. memang boleh go la kalau lepak borak. aku rasa sangat selesa tahap percutian biler lepak sekali ngan brader ni... apsal huh.

Pacai- nama legend giler, denga nama dia banyak kali. penah tengok dia main bass di merata tempat sampai takleh recall exact lokasi. Dia ngan Lee satu band. Band nama "AhmadAhmad" Cuba try lepak borak ngan dia tapi mmg semacam jiwa dia... senyum je slalu. kengkadang ader "cold" factor. misteri pun ader, dan setiap aper yg kuar dari mulut dia agak tersirat. contoh nyer;
aku: "weh jom jem lagi kat tempat lain"
dia: "cukuplah tu, nanti hilang manis dia "

No comments: