Friday, December 24, 2010

Rantai kt Balai Seni


buat pertama kali nye Rantai dapat space kat Balai Seni, tempat Sei Hon keje :) Hari tu pegi dapat jumper few people yg aku dah lama tak jumpe, dan jugak jumper kenalan baru. Di tempat yg sama berlangsung jugak pameran gambar family Nacho Libre siap dengan topeng gusti ala retro berbentuk cenderahati yg boleh dibeli di kedai Balai Seni. sangat mahal, dalam Rm $ 48 sebijik. Aku suker yg warna oren tu. Akim, organizer rantai, dengan idea yg agak bernas suh aku try busking kumpul duit. Aku pun try. dapat dalam Rm 20 ringgit sahaja (bagi aku cukup bes sebab selalunyer kene busking 4 hingga 5 jam baru dapat rm 40, terimalah hakikatnya, saper la yg nak layan aku, cover song pun tak reti :) Thank you so much dan mintak maaf kerana saya pau duit para hadirin yg masa tuh nak tengok Sue Anna Joe but workshop. Summary; aku Pau Duit peminat Sue Anna Joe.

Aku nak Pau Bini aku balance nak beli topeng tu!

Turun lagi hari Sabtu bawak ika skali. Terlepas pulak show Oh Chentaku, Meor dan Naim, budak SS 7. Purchase dua baju Rantai Gravity size M dan jelas sekali aku dan bini ngam ngam same saiz t shirt. Kedai yang jual Nacho Libre tutup :( Jumper few orang yg aku nak jumper selama ni tapi tak kesampaian; 1) Acit yg aku sanjung grafiti art dia, dan 2) Pendekar Bambu yg aku nak ajak jam! dengan ini summary aku untuk aper yg berlaku pada hari Ahad ialah; aku akan berjamming dengan seorang Ninja dan seorang Pendekar!

No comments: