Tuesday, July 6, 2010

Detik by detik

Hari ni hari Jumaat, 2nd July. Pukul 12 kene amik ika... sekarang, 11 pagi baru. tido kejap la setengah jam. Langsung tak ingat pastu, memang tak sedar, bilik air con sedap, terus out.

Bam! Ika masuk tolak pintu kuat, sergah aku naper tak angkat phone. Tengok2 5 missed call, tengok jam pulak 11:40 am. Muka ika nangis, aku pulak berdebar debar. Dia terus repeat kat aku yg Ayah dah meninggal.

Panic!

Kol keje, bagitau Gobi dan Guna

Ke Airport!

Handphone ringing tak henti! kol sana kol sini

Bergegas ke pintu A6

Di dalam kapal terbang... senyap kembali. Cari nafas. Berfikir dan berfikir tapi tiada kesudahannya. Cari nafas lagi dicelah kedamaian penumpang yg juga senyap. Sekejap kejap dijaga oleh suara budak gelak gelak, termasuk lah Hadif tapi itu tak ape, tak mengubah apa apa. Bunyi enjin kapal terbang pun tak mengubah apa apa. Langit-awan pun tak dapat melayangkan apa apa.

setibanya di airport KT, debaran bermula

baru sedar phone hilang...

sedar sedar topi hijau aku pun hilang...

zap, zup, zap dah ader dalam kereta ader org pick up. Kawan Abg Lan, kereta Satria lowered giler. 3 org duk belakang mmg hancus kereta tu, bergeser setiap kali lalu jalan yg berbonjol bonjol. Sanggup dia. Terima kasih banyak banyak bos.

sampai dah

Ramai orang depan rumah... memandang ke arah kereta

memandang saper yg keluar.

tak de stop stop atau nak pikir pikir.

Terus ikut belakang Abang Wa, salam Umi, sayu selubung badan, tak dapat nak tentang direct mata ke mata. Assalamualaikum di dalam hati kepada Jenazah... ya Allah, tak duga aku. Sepenuh hati aku tak sangka aper yg berlaku... aku tersasar jauh, ramalan ku tak bleh pakai. Belajar dari peristiwa ni!

Yassin.

pengurusan jenazah masih pending

Hujan.

masih pending.

Hujan berhenti.

keputusan muktamad, satu team cari org mandi jenazah, satu team lagi pegi taruk lampu kat tempat kubur sebab nak simpan malam tu. Aku kat team kubur. Dua trafik light pastu U-turn, dan standby masuk kiri. Itu yg aku ingat. Tanah perkuburan agak baru rasanya... tenang... aman. Tempat Ayah berada di bawah pokok besar yg agak redang, redup, pelindung.

Semasa Arwah Ayah dikebumikan... nampak Ika berpeluk dgn adik Faqihah. Berdiri betul betul menegak ke arah kubur. Saat yang paling sayu apabila terlihat muka adik time tu... terasa sikit bersalah kerana menjadi juri kepada saat itu...

phone hilang, ika beli baru

topi hilang, jumpa balik

Yg tersayang hilang...

start daripada hari ni, kene SUPER focus org yg kiter sayang, KELUARGA, KELUARGA, KELUARGA. kasik Ultimate Interaction, learn, share, and spare. KASIK RAPAT RAPAT